“Tahniah Zahid dan isteri. Semoga bahagia menempuhi alam perkahwinan,” tertera ucapan di ruangan kapsyen.
Menerusi foto yang dikongsi, ahli kumpulan Bahye itu kelihatan segak dalam baju Melayu dan sampin songket rona putih bersama songkok hitam di kepala.
Isterinya pula begitu anggun menyarung gaun sarat sulaman dan perincian di bahagian dada serta lengan rekaan Daniel Zharif. Vel sedondon melengkapkan penampilannya sebagai ratu sehari.