Menerusi salah satu foto yang dikongsi, bahagian dadanya jelas menampakkan tulang, berbeza dengan penampilannya sebelum ini.
Namun peminat tidak perlu bimbang kerana ia bukan disebabkan masalah kesihatan, tetapi kesibukannya selepas meraih kejayaan dan kemasyhuran menerusi Squid Game.
Khabarnya dia kehilangan empat kilogram kerana terlalu sibuk. Bagaimanapun dengan berat badan 45 kilogram, ia dilihat tidak ideal dengan susuknya yang berketinggian 176 sentimeter.