Ketika ditemu bual oleh Star News, bintang itu mengakui jadual kerjayanya amat padat sehingga menjejaskan waktu makannya.
“Berat badan saya turun secara mendadak. Semua pakaian yang saya bawa ke Amerika Syarikat kini menjadi longgar,” katanya.
Bintang berusia 27 tahun itu memaklumkan jadualnya telah penuh sehingga Februari tahun hadapan.