Merupakan salah seorang model terkenal di Korea Selatan, nama Jung Ho Yeon menjadi fenomena selepas kejayaan Squid Game sehingga ditawarkan lebih banyak peluang peragaan di luar negara.
Sejak memulakan kerjaya sebagai model antarabangsa pada 2016, dia telah berjalan di pentas fesyen jenama besar antaranya Chanel, Louis Vuitton, Prabal Gurung, Jeremy Scott dan Roberto Cavalli.
Dia kini berpangkalan di Amerika Syarikat dan sibuk mengembangkan kerjaya peragaan di peringkat global.
Foto: Instagram
Baca: 5 Fakta Mengenai Jung Ho Yeon, Bintang Paling Menyerlah Dalam K-Drama Popular, Squid Game