Laman penstriman gergasi, Netflix telah mengesahkan ikon perfileman Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh bakal menyertai siri ‘The Witcher: Blood Origin’ sebagai Scian.
Namanya yang cukup disegani dan dihormati dalam pentas perfileman antarabangsa. Tan Sri Michelle Yeoh bakal menghangatkan kaca televisyen selepas laman penstriman gergasi, Netflix mengesahkan ikon perfileman Malaysia itu bakal menyertai siri ‘The Witcher: Blood Origin’. Siri enam episod ini adalah prequel kepada siri hit Netflix, The Witcher.
Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu akan memegang watak Scian yang merupakan yang terakhir daripada suku elf nomad yang pakar menggunakan pedang. Seperti bakat seni dan kepakarannya menggunakan pedang, watak ini juga mempunyai hati yang penuh dengan rasa kehilangan. Apabila peluang hadir untuk mendapatkan pedang yang telah dicuri daripada sukunya, dia memulakan langkah dalam pengembaraan yang sukar, dan bakal mengubah segalanya di Continent.
Tan Sri Michelle Yeoh akan menyertai Laurence O’Fuarain, yang akan memegang watak Fjall. Dilahirkan dalam keluarga kesateria yang berjanji untuk melindungi seorang raja, Fjall juga membawa luka yang mendalam, selepas kematian seorang yang dia cintai dalam pertarungan untuk menyelamatkan dirinya. Luka itu tidak akan membuat dia bahagia, atau memberikan ketenangan pada diri dan dunia sekeliling. Dalam misi membalas dendam, Fjall akan mendapati dirinya bersekutu dengan seseorang yang tidak disangka ketika dia memulakan pengembaraan untuk membalas dendam.
‘The Witcher: Blood Origin’ akan berlatarkan dunia elf 1200 tahun sebelum ‘The Witcher’. Siri enam episode ini akan menceritakan mengenai kelahiran prototaip Witcher yang pertama, dan momen penting ‘penggabungan sfera’, apabila dunia raksasa, manusia dan elf bergabung menjadi satu. ‘The Witcher’ yang mula ditayangkan pada penghujung 2019 dibintangi oleh Henry Cavill, Freya Allan dan Anya Chalotra.
Tan Sri Michelle Yeoh merupakan antara aktres Asia yang paling berjaya di Hollywood. Bekas Bond Girl itu telah membintangi barisan filem yang cukup ikonik seperti ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’, ‘Memoirs of A Geisha’, ‘Tomorrow Never Die’, ‘Kung Fu Panda 2’, ‘Crazy Rich Asians’ bersama Henry Golding dan banyak lagi. Tidak lama lagi, bakatnya akan terus mewarnai layar perak dengan filem Marvel ‘Shang-Chi’ serta sekuel filem blockbuster, ‘Avatar’.
Foto: Netflix Malaysia & Getty Images
Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Must Watch di Netflix Julai Ini