Sekali lagi Tan Sri Michelle Yeoh mengharumkan nama negara pabila menerima penganugerahan pingat ketiga Legion d’Honneur dari Perancis untuk segala sumbangannya dalam industri perfileman dan kebudayaan.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh presiden Francois Hollande dalam sebuah majlis di-raja di kediaman duta besar Perancis. Michelle dianugerahkan dengan darjah ‘the Commander of the Legion d’Honneur.
Ibunya, Datin Janet Yeoh serta iparnya Megan Yeoh turut menemaninya ke majlis tersebut. Duta Besar Perancis, Christophe Penot turut hadir sama.
Sebelum ini, Michelle telah pun dianugerahkan dengan anugerah ‘Knight’ dan ‘Officer’ oleh kerajaan Perancis pada tahun 2007 dan 2012.
“Saya amat teruja dan berasa begitu dihormati… dengan jadualnya yang amat ketat, bagi Presiden Holland melakukan ini, saya benar-benar rasa dihormati,” kata Yeoh kepada Bernama.
Anugerah the Legion d’Honneur diasaskan oleh pemimpin tentera dan maharaja Perancis Napoleon Bonaparte pada tahun 1802. Secara keseluruhan, ia mempunyai lima darjah termasuklah Chevalier (Knight), Officier (Officer), Commandeur (Commander), Grand Officier (Grand Officer) dan Grand’ Croix (Grand Cross).
Sebelum ini, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut pernah diberikan anugerah Legion d’Honneur pada tahun 2010. Bahkan, Tan Sri Tony Fernandes juga pernah menerima anugerah tersebut pada tahun 2010 dan 2013.
Tahniah buat Tan Sri Michelle Yeoh atas penganugerahan tersebut.