Semakin hampir tarikh penyatuan Hyun Bin dan Son Ye Jin, peminat dilihat semakin teruja dengan persiapan perkahwinan dua bintang pujaan mereka.
Setiap butiran kecil mengenai perkahwinan Hyun Bin dan cinta hatinya mendapat perhatian meluas daripada peminat, menunjukkan kasih sayang mereka terhadap pasangan yang diberi gelaran ‘BinJin’ itu.
Dua hari lalu, portal media Korea Selatan melaporkan pasangan K-Drama kegemaran ramai itu akan secara rasminya bergelar suami isteri pada hujung bulan ini sekitar jam 11 pagi.
Walaupun agak luar biasa untuk melangsungkan perkahwinan pada hari minggu, Hyun Bin dan Son Ye Jin dilaporkan telah mengesahkan tarikh penyatuan mereka iaitu 31 Mac bersamaan hari Khamis.