Pejam celik kini pasangan Diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton ingin menimang cahaya mata ketiga.
Bulan lalu pihak Istana Kensington telah mengeluarkan kenyataan berhubung kehamilan Kate Middleton yang ketiga selepas Puteri Charlotte dan Putera George.
Kini, pihak Istana Kensington telah berkongsi sekali lagi berita gembira mengenai tarikh kelahiran bayi diraja ketiga itu menerusi akaun Twitter dengan gambar Duke dan Duchess of Cambridge yang kelihatan gembira berserta kapsyen:
The Duke and Duchess of Cambridge are delighted to confirm they are expecting a baby in April 2018. pic.twitter.com/jOzB1TJMof
— The Duke and Duchess of Cambridge (@KensingtonRoyal) October 17, 2017
“Duke dan Duchess of Cambridge dengan senang hatinya mengesahkan mereka bakal menerima kedatangan cahaya mata mereka menjelang April 2018.”
Meskipun tarikh kelahiran sudah pun diumumkan, namun masih tiada laporan lagi mengenai jantina bayi tersebut. Rata-rata rakyat Britain sudah membuat tekaan pada nama yang akan diberikan kepada bayi itu.
Bahkan, menurut Time, seorang pembuat buku di London William Hill, meramal yang mana nama Alice mempunyai ramalan yang paling banyak dibuat diikuti dengan nama Elizabeth, James dan Arthur.
Ia adalah fakta yang mana bayi ketiga pasangan diraja ini bakal dilahirkan dalam bulan yang sama dengan hari kelahiran nendanya, Ratu Elizabeth (21 April).
Sumber : Glam.my