Dua hari lalu, Kim Kardashian menyatakan hasrat untuk memberi hadiah wang bernilai USD500 kepada 1,000 peminatnya di Twitter yang bergelut dengan impak pandemik coronavirus.
“Tahun 2020 menjadi sangat sukar dan ramai yang bimbang kerana tidak mampu membayar sewa atau membeli makanan. Saya mahu berkongsi kasih sayang dengan memberi USD500 kepada 1,000 orang,” tulis Kim yang dilaporkan memperolehi pendapatan sebanyak RM203 juta tahun ini.
Dia juga meminta pengikutnya di laman sosial itu untuk menggunakan aplikasi $cashtag dan tanda pagar #KKWHoliday.
Walaupun disambut baik, hasrat murninya itu dikecam sebilangan netizen. Mereka mendakwa Kim tidak ikhlas dan merendah-rendahkan peminat dengan membuatkan mereka merayu untuk mendapatkan wang.
Menurut The Sun, bintang realiti itu dikatakan meminta peminat memberi penjelasan mengapa mereka layak menerima hadiah tersebut.
Foto: Getty Images
Baca: Impian Jurusolek Kim Kardashian Akhirnya Jadi Kenyataan