Berita buruk buat peminat di Malaysia yang menanti-nantikan tayangan filem Beauty and the Beast kerana Disney telah mengesahkan bahawa filem tersebut yang telah dijadualkan ditayangkan pada 16 Mac ditunda.
“Filem Beauty and the Beast yang sepatutnya ditayangkan di Malaysia kini ditunda disebabkan reviu dalaman. Kami akan memaklumkan tarikh baru tayangannya kelak,” ujar wakil dari The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn.Bhd kepada Cinema Online.
Setakat ini filem tersebut masih lagi berada di dalam senarai filem akan datang di beberapa buah laman sesawang pawagam seperti GSC, TGV dan MBO.
Penangguhan tarikh tayangan filem tersebut berlaku pabila telah menerima beberapa adua yang dilakukan oleh ibu bapa dek kerana filem tersebut ada menayangkan mengenai kewujudan karakter hubungan sejenis (homoseksual) yang mana ia sememangnya agak tidak sesuai untuk ditonton untuk kanak-kanak khususnya.
Menurut pengarah filem tersebut iaitu Bill Condon, konco penjahat Gaston iaitu Lefou yang dimainkan oleh Josh Gad kononnya akan mempunyai momen eksklusif homoseksual di dalam filem tersebut. Kenyataan tersebut ditulis di dalam Attitude Magazine baru-baru ini.
Ini sekaligus membuatkan Russia mengugut untuk menapis atau terus mengharamkan filem tersebut, manakala sebuah pawagam di Alabama, Amerika Syarikat sudah mengesahkan dari awal yang mereka tidak akan menayangkan filem itu.
https://www.youtube.com/watch?v=iXfEc4wG208