Menurut US Magazine, mereka diperkenalkan pada 2018 oleh adik perempuan Taylor, Makena Moore yang merupakan rakan baik isterinya.
Sewaktu pasangan itu berkongsi berita pertunangan di Instagram, Makena merakamkan ucapan tahniah kepada abang dan bakal kakak iparnya di ruangan komen.
“Kalian amat sempurna untuk satu sama lain. Cara kalian melengkapi satu sama lain benar-benar membuatkan saya kagum. Saya tidak percaya yang saya mendapat seorang kakak dan rakan baik seumur hidup. Sekalung tahniah buat pasangan bahagia ini,” tulisnya.
Sebelum bertemu isterinya, bintang Home Team itu pernah menjalin hubungan romantis dengan beberapa nama besar dalam industri termasuk Taylor Swift, Lily Collins, Selena Gomez, Marie Avgeropoulos dan Billie Lourd.
Baca: Jennifer Lopez & Ben Affleck Diraikan Dalam Majlis Perkahwinan Serba Putih