Oleh: Mujahid Saddam
Kecoh dunia maya semalam pabila Taylor Swift mengeluarkan lagu serta video terbarunya yang bertajuk “Shake It Off”.
Lagu baru berentak rancak itu menyaksikan Taylor lari dari genre country ke aliran pop. Videonya pula menunjukkan dia mencuba untuk menari beberapa tarian dari balet, cheerleading sehinggalah ke twerking walaupun hakikatnya dia tidak tahu menari. Lirik lagu serta video itu seakan mengejek budaya popular yang ada sekarang dan dia tidak kisah untuk kelihatan pelik dalam video tersebut. Dia juga mencuba sesuatu yang baru pabila turut rap dalam lagu itu.
Rata-rata peminat serta pengkritik berbelah bahagi akan hala tuju baru bagi muzik dari Taylor Swift ini. Ada yang sukakannya manakala sebahagian lagi membencinya. Yang pasti, Taylor mahu menunjukkan kelainan dan kematangan seiring dengan usianya.
Turut mengumumkan bahawa album barunya akan tiba di pasaran pada 27 Oktober nanti, dia berkata bahawa album itu merupakan sebuah album pop yang diberi tajuk 1989, menandakan tahun kelahirannya serta inspirasi aliran muzik pada masa itu. Sama-samalah kita nantikan kejutan yang akan dibawakan dalam album baru itu nanti!