Lima tahun menjalin perhubungan cinta, Taylor Swift dan Joe Alwyn dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan.
Portal The Sun melaporkan Joe melamar Taylor sebagai suri hatinya berbulan lalu namun khabar gembira itu hanya disebarkan kepada ahli keluarga dan beberapa rakan karib.
“Mereka kongsikannya kepada keluarga terdekat dan kawan lama yang dipercayai sahaja. Semua orang bersumpah untuk merahsiakan perkara ini,” jelas satu sumber.