Sumber yang sama menambah, Taylor hanya menyarung cincin pertunangan ketika bersendirian kerana tidak mahu menayangnya kepada umum.
“Sekali lagi, hanya beberapa orang sahaja yang tahu mengenai butiran pertunangan mereka dan Taylor tidak berkongsi perkara itu bersama pasukannya.
“Pasangan itu mahu menjauhkan kisah percintaan mereka daripada liputan media sebanyak boleh. Dan jika mereka mahu melangsungkan perkahwinan, pastinya majalah Vogue, Rolling Stone atau Hello! tidak akan dijemput. Majlis Taylor dan Joe akan dilangsungkan secara ringkas dan elegan, sama seperti diri mereka.”