Dalam satu temu bual bersama majalah WSJ April lalu, Joe memberi respons mengenai khabar angin yang menyatakan dia melamar teman wanitanya secara rahsia.
“Jika saya diberi satu paun setiap kali diberitahu telah bertunang, pasti saya telah mempunyai banyak duit di dalam poket sekarang ini. Maksud saya, jika jawapannya ya, saya tidak akan memberitahu kebenarannya. Begitu juga sebaliknya,” ujarnya.
Life & Style merupakan portal pertama yang melaporkan berita pertunangan pasangan itu pada Februari lalu.