Walaupun Taylor dan Joe memilih untuk tidak bercakap mengenai perhubungan mereka sejak ia berputik pada 2017, berita pertunangan mereka kerap menghiasi dada akhbar.
Pada Januari 2020, Taylor dikatakan ‘mencurah minyak ke dalam api’ apabila menyarung sebentuk cincin berlian besar pada jari manis dalam dokumentari terbitan Netflix, Miss Americana.
“Saya sedar ramai orang ingin tahu lebih lanjut mengenai perhubungan kami. Saya rasa kami telah berjaya menyembunyikan hal peribadi dan kini mereka telah memahaminya. Saya lebih suka bercakap mengenai hal kerja,” kata Joe kepada Vogue pada 2018.