Pelantun lagu Willow, Taylor Swift dilaporkan kembali berlakon menerusi filem terbaharu arahan sutradara terkenal, David O. Russell.
Selain Taylor, turut membintangi filem tersebut adalah nama-nama besar dalam industri iaitu Christian Bale, Margot Robbie, John David Washington, Rami Malek, Zoe Saldana, Anya Taylor-Joy, Chris Rock, Mike Myers, Robert De Niro, Michael Shannon dan Timothy Olyphant.
Filem itu menyaksikan Russell sebagai pengarah dan penulis skrip. Kali terakhir dia mengarahkan filem adalah pada 2015 menerusi Joy lakonan Jennifer Lawrence. Dia juga dikenali menerusi filem Silver Linings Playbook dan American Hustle.