Apabila bercakap mengenai tawaran watak dalam filem, Taylor dilihat sentiasa bernasib baik kerana digandingkan dengan barisan pelakon ternama.
Dia membuat kemunculan pertama sebagai pelakon dalam filem komedi romantis Valentine’s Day pada 2010 di samping Jessica Alba, Jessica Biel, Bradley Cooper dan Taylor Lautner yang merupakan teman lelakinya pada waktu itu.
Dua tahun kemudian, dia meminjamkan suara untuk watak Audrey dalam filem animasi The Lorax di samping Zac Efron.
Selain itu, Taylor turut muncul di samping pelakon tersohor, Meryl Streep dan Jeff Bridges dalam filem sains-fiksyen The Giver dan terbaharu, dokumentari Netflix berjudul Miss Americana yang ditayangkan buat kali pertama di Festival Filem Sundance 2020.
Foto: News.nestia
Baca: Mr. Perfectly Fine Ditujukan Buat Seorang Lagi Bekas Kekasih Taylor Swift?