Mengecapi impian untuk menjadi Pakar Pemakanan Sukan di masa hadapan, pelajar & atlet dari SMK St. Mary ini bijak menyusun langkahnya . EH! yakni Mia Ghazali bakal menerajui sukan Muay Thai Malaysia di masa hadapan.
Merupakan anak bongsu kepada pasangan YDH SAC Zulfikar Bin Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali,Komandan Pulapol Kuching serta Isteri YBhg Puan Jennana Lynn Johnson,Pengerusi PERKEP Pulapol Kuching, pasti darah semangat ‘pahlawan’ mengalir pada gadis berumur 14 tahun ini.
Lincah melangkah dan menyerang pesaing, diakhiri salam peluk membuatkan peminat Muay Thai jatuh cinta dengan sikap rendah diri ditunjuki oleh Mia Ghazali melalui perlawanan Rentap Fighting Championship 5.0 pada Januari lalu.
EH! percaya dengan rejim latihannya yang ketat dan rutin kemahiran bersama pelatih, membuatkan Mia menguasai seni mempertahankan diri ini pada usia muda. Sementelah, abang-abangnya juga menceburi diri dalam bidang sukan Muay Thai dari Muhammad Elias,22, Muhammad Johan (Jojo),18 dan Muhammad Mikail (Miki), 15 membuatkan adik-beradik ini digeruni dan menjadi inspirasi kepada anak muda.
Gerak geri dalam gelanggang membuatkan EH! ingin mendekati permata atlet Malaysia yang bakal menjulang nama negara, Mia Ghazali dalam temubual secara eksklusif, membicarakan minat dan kerjaya masa hadapan.
Wajahnya manis dan tidak lekang senyuman, tetapi tangkas dalam perlawanan mengatur saingannya tumpas ke pentas gelanggang membuatkan Mia Ghazali menjadi tumpuan Malaysia. Kenali beliau melalui temubual #EHksklusif;
1. Tiga perkataan menggambarkan siapa – Mia Ghazali?
Mia Ghazali seorang yang disciplined, hardworking and adventurous!
2. Apa yang mendorong Mia menceburi diri dalam bidang sukan Muay Thai Malaysia?
Untuk mencabar diri sendiri dan membuktikan bahawa Mia juga boleh melakukan apa yang abang-abang Mia lakukan (sukan Muay Thai), tetapi dengan cara yang lebih baik.
3. Apakah pengalaman paling manis atau kemenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang karier Muay Thai?
Pengalaman paling manis bagi Mia ialah apabila dapat bertemu dengan semua pesaing wanita terkemuka dalam bidang sukan Muay Thai.
4. Apakah rancangan dan impian Mia dalam dunia Muay Thai untuk masa depan? Adakah Mia mempunyai sasaran yang ingin dicapai?
Untuk menunjukkan kepada semua gadis kecil di dunia bahawa mereka boleh mencapai impian mereka jika mereka berusaha keras untuknya.
5. Apakah tiga item kecantikan / fesyen yang Mia Ghazali MESTI ada?
Maskara, kasut dan tas tangan!
Bonus!
Selain Muay Thai, Mia juga menyukai hobi larian jarak jauh dan menyukai makanan Pasta, yang menjadi pilihan utamanya!
Baca : Temubual #EHksklusif: Mshaffuan Pengarah Karya #StillAlive