This is her era and she owns it.
Nama Ezzanie Jasny mungkin masih baharu di bibir ramai, namun aura dan bakat lakonannya kian bersinar saban hari, membina momentum tersendiri dalam dunia seni.

Memulakan langkah pertamanya menerusi watak Dayana dalam drama Cinta Non Grata pada tahun 2019, kini Ezzanie Jasny tampil lebih matang, berani dan menyerlah menerusi naskhah drama yang menjadi bualan hangat, “Dia Bukan Syurga”.
Berusia 26 tahun dan anak bongsu daripada empat beradik, Ezzanie bukan sahaja seorang pelakon yang semakin mencuri perhatian, tetapi juga usahawan muda yang mengusahakan jenama kecantikannya sendiri, @helloezee.my.
