Dalam temubual #EHksklusif kali ini, kami selami sisi lain Ezzanie Jasny, seorang pelakon muda yang berdiri di puncak layar. We know and without a doubt, this is her era.
1. Tiga perkataan menggambarkan siapa – Ezzanie Jasny?
Outspoken, approachable and warm.
2. Tiga item kecantikan atau fesyen yang Ezzanie Jasny MESTI ada?
Tiga item kecantikan yang wajib saya bawa ke mana-mana ialah pelembap bibir (lip oil), cermin mata hitam dan minyak wangi. Ketiga-tiga ini wajib ada sebab ia buat saya rasa lebih yakin dan selesa dengan diri sendiri. Saya percaya kecantikan tu bermula dari rasa yakin dan selesa dengan diri sendiri dan these little essentials always do the trick!

3. Apakah impian terbesar Ezzanie dalam dunia lakonan?
Impian terbesar saya dalam dunia lakonan adalah untuk membawa watak yang benar-benar mencabar emosi dan mampu meninggalkan impak yang mendalam kepada penonton.
Saya ingin bawakan karakter yang orang akan terus ingat, walaupun selepas bertahun-tahun. Saya nak jadi pelakon yang bukan saja dikenali, tapi juga dihormati kerana kejujuran dalam setiap watak yang saya bawakan.
Bukan sekadar berlakon, tetapi yang mampu menyentuh hati dan jiwa orang ramai. Kalau ada penonton yang tonton lakonan saya dan cakap, ‘Saya nampak diri saya dalam watak tu,’ itu adalah satu kepuasan yang sangat besar dan tak ternilai bagi saya.
4. Watak manakah yang paling mencabar setakat ini dan kenapa?
Setakat ini, watak yang paling mencabar bagi saya adalah dalam drama “Dia Bukan Syurga”. Watak ‘Nuha’ benar-benar menguji saya, bukan saja dari segi emosi, tapi juga secara fizikal.
Ada banyak babak berat yang menuntut saya untuk betul-betul menyelami perasaan Nuha sampaikan … ada ketika, emosi watak tersebut terbawa-bawa keluar dari set penggambaran.
Tetapi alhamdulillah, pengalaman itu sangat berharga dan menjadikan saya lebih matang sebagai pelakon.
5. Watak impian yang Ezzanie rasa paling menakutkan tapi ingin cuba satu hari nanti?
Secara jujurnya, agak menakutkan untuk saya ekspresi ia dalam lakonan tetapi watak antagonis yang mempunyai masalah mental, seperti watak Tajul Idlan dalam drama “Dia Bukan Syurga” adalah antara watak yang saya ingin terokai.
Bagi saya, watak sebegini sangat mencabar kerana ia sarat dengan emosi, sukar dijangka dan memiliki sisi gelap yang memerlukan kefahaman serta penghayatan yang mendalam.
Saya nak cabar diri untuk keluar dari zon selesa dan bawa karakter yang boleh buat penonton rasa takut dan marah tetapi dalam masa yang sama, tertarik untuk memahami apa yang mendorong watak itu menjadi seperti itu.

6. My ‘celebrity crush’ …
Honestly, saya tak ada ‘celebrity crush’ yang spesifik buat masa ini. Tetapi saya admire sesiapa saja yang berbakat, genuine dan passionate akan kerja mereka. Bagi saya, itu lagi attractive daripada rupa paras semata-mata.
7. Satu perkara tentang diri Ezzanie yang ramai orang tak tahu?
Saya mungkin nampak macam seorang yang sentiasa yakin, extrovert dan tenang, tapi sebenarnya saya pun ada moments of doubt. Saya jenis yang suka overthink akan perkara-perkara yang kecil, tetapi saya belajar macam mana nak kawal dan sembunyikan perasaan itu dengan baik.
Saya percaya ramai orang boleh relate dengan perasaan ni, sebab kita semua ada struggle yang orang lain tak nampak.
Oh ya! Saya juga seorang yang sangat well-planned, tak boleh buat kerja secara cincai atau last minute! Struktur dan perancangan amat penting untuk saya rasa tenang dan fokus.
8. Tiga karakter lelaki Ezzanie Jasny suka…
Tiga karakter lelaki yang saya suka? Pertama sekali, saya suka lelaki yang ada sense of humour! Sebab saya suka orang yang boleh buat saya gelak.
Kedua, hmm … saya tertarik pada lelaki yang tenang dan tak cepat melatah, especially bila berdepan situasi stres.
Dan ketiga, saya suka lelaki yang tahu jaga diri dan hormat orang sekeliling. Bonus besar kalau dia setia, ikhlas dan boleh ambil hati mak ayah saya sekali. Haa, terlebih sikit kan? Tapi itulah si dia yang saya inginkan.

BONUS ROUND
- Merupakan graduan Diploma dalam Komunikasi dan Media Massa, tidak hairanlah beliau begitu petah dan selesa di hadapan kamera.
- Bila ada masa lapang, Ezzanie lebih gemar aktiviti yang ringkas tetapi memberi ketenangan. “Usually I’ll go for a run atau main badminton. Tapi selalunya, saya akan curi masa untuk menyendiri sekejap. Kadang-kadang saya memang perlukan masa sendiri untuk recharge,” kongsi Ezzanie.
- Soal makanan pula? Tak cerewet langsung! “Saya makan apa saja… yang penting mesti pedas!” katanya sambil ketawa. Namun ada satu hidangan yang tak pernah gagal mencuri hatinya iaitu ayam masak merah air tangan ibu. “Kalau mak saya yang masak, apa pun saya makan. Tak ada sangat specific food,” tambahnya.