2. Apakah elemen yang paling mencabar dalam merealisasikan visi Shaffuan untuk #StillAlive, dan bagaimana mengatasi cabaran tersebut?
Elemen yang paling mencabar dalam proses ini adalah untuk merasakan atau menvisualkan keadaan yang berlaku di G4ZA. Sebagai seorang yang tidak dapat membayangkan apa yang sebenarnya berlaku di sana, saya menghadapi kesukaran besar dalam merangka cerita yang dapat menyentuh hati orang ramai.
Untuk memastikan mesej yang disampaikan melalui cerita ini adalah bermakna dan berkesan, kami terpaksa menukar skrip sebanyak 12 kali. Proses ini memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi agar setiap detik yang dirakamkan dapat menggambarkan realiti di sana dengan sebaik mungkin.
Semasa proses penyuntingan, saya juga berdepan dengan cabaran emosi yang mendalam. Saya sering menangis saat melihat rakaman footage keadaan di sana. Keadaan yang saya saksikan melalui video tersebut terasa sangat berbeza dengan dunia saya sendiri dan ia menimbulkan rasa kesedihan dan keperitan yang sukar digambarkan.
Namun, cabaran terbesar bagi saya adalah memastikan bahawa niat saya adalah ikhlas dalam usaha ini. Saya ingin memastikan bahawa segala usaha ini bukan sekadar untuk memenuhi tanggungjawab, tetapi benar-benar bertujuan untuk membantu orang di G4ZA. Bagi saya, ini adalah aspek yang paling penting dalam keseluruhan proses ini.