Gadis ini sentiasa murah dengan senyuman. Biarupun pernah tular di media sosial baru-baru ini berkenaan kecaman lagu English yang diketengahkan, dia sekalipun tidak pernah beralah, malah berdiri teguh dan akhirnya melancarkan album debut self titled pertamanya. Single ‘I Wanna See Ya’ benar membuktikan bahawa gadis ini punya bakat yang besar. Saya sudah tidak terkira berapa kali saya ulangi lagu ini, semakin lama semakin addictive! Single baharu ini memang membuktikan bahawa she really take her career seriously and no one can stop her.
Hari ini perjalanan kerier Daiyan semakin jelas dengan penghasilan album baharunya pada 13 November lalu. Kesemua sembilan lagu yang dibariskan disusun dengan sempurna. Bermula dari degupan yang bertenaga ‘Little Trouble Girl’ hingga nada sayup degan mesej yang cukup beremosi ‘Mediocre’, Daiyan hidangkan kesemuanya pada pendengar.
Sehari selepas albumnya dikeluarkan EH! mendekati penyanyi dan penulis lagu yang memiliki 1.1 juta pengikut di instagram ini dan bercerita tentang visual yang ingin dia ketengahkan menerusi album ini selain pengalaman berulang alik dari Kuala Lumpur ke Los Angeles untuk menyiapkan album ini.
Setelah sekian lama menghabiskan masa untuk menyiapkan album debut ini, adakah Daiyan rasa ia sebuah album yang sememangnya Daiyan rencanakan?
Pada awalnya mahu menghasilkan sebuah album campur; ada lagu berbahasa Malaysia dan Inggeris, tetapi selepas single Brutal dilancarkan tahun lepas, sambutan yang diterima membuatkan Daiyan mahu memenuhkan kesemua album ini dengan lagu-lagu Inggeris. Ini adalah satu kelainan yang Daiyan mahu tonjolkan, dan mungkin dengan cara ini juga Daiyan boleh membuat promosi dengan lebih luas bukan sahaja di dalam Malaysia tetapi juga di luar negara.
Apakah inspirasi dan visual yang Daiyan bayangkan semasa menyempurkan album ini?
Selama lebih setahun Daiyan habiskan masa buat album ini boleh dikatakan inspirasinya datang dari latar belakang Daiyan sendiri. Ia datang dari apa yang Daiyan lalui baik dalam perhubungan dan situasi yang membuat Daiyan berasa gembira atau sebaliknya, ada juga yang diinspirasikan dari penceritaan rakan, haha. Tetapi kesemuanya Daiyan tulis dan terbitkan sendiri, this is me, truly and honestly.
Apa perkara yang paling sukar semasa menyiapkan album pertama ini?
The main challenging part is I am alone, Daiyan tiada recoding label jadi kesemuanya Daiyan uruskan sendiri. Dari segi promosi, rakaman, mencari penerbit malah menyalurkan kesemua lagu ini kepada Spotify dan sebagainya semuanya dilakukan sendiri. Semua keputusan di dalam album ini came from me, yes it’s cool but yet very tiring, haha!
Selain Daiyan, siapa yang menyumbang dalam menyiapkan album ini?
Sejujurnya Daiyan bayak bekerja dengan pelbagai sumber untuk menghasilkan album ini dari sini dan juga di LA, tetapi yang banyak membantu Daiyan untuk pergi lebih terperinci dan memeriksa setiap lagu adalah penerbit Daiyan MFMF, dia yang memastikan setiap kualiti lagu itu sempurna juga banyak memberi pendapat dan cadangan. Selain itu sudah semestinya my good support system; my family, mereka yang banyak push me.
Dalam kesemua sembilan lagu di dalam album ini yang mana paling dekat dengan Daiyan?
Oh please don’t make me choose, of course all of it! Haha! Kalau mahu dipilih sudah semestinya single terbaru ‘I Wanna See Ya’, bagi Daiyan lagu ini ada nada dan susunan muzik yang unik and weirdly it sounds so good. Kedua adalah ‘Thinking Bout Us’, lagu ini punya maksud yang dalam bagi Daiyan, antara lagu yang emotional yang pernah Daiyan hasilkan. Ketiga adalah ‘Mediocre’, ada masa Daiyan rasa apa yang Daiyan buat tidak rasa cukup atau tak bagus, dan Daiyan percaya setiap dari kita mesti pernah lalui situasi ini.
Apakah rangka promosi yang Daiyan rancang untuk album ini?
Alhamduliah hari pertama album dilancarkan Daiyan dihujani dengan sokongan dari ramai orang termasuk mereka di media sosial and I truly appreciate every single one of them. Akan datang Daiyan dijemput untuk menjadi opening act buat konsert jelajah Asia, Sam Tsui di enam buah bandar termasuk Indonesia, Taiwan, Thailand dan Philippine. Daiyan akan mempersembahkan lagu cover dan juga beberapa single dari album terbaru ini.