“Ada sebab orang kata work on your marriage sebab ia memang satu ‘kerja’,”- Hanis Zalikha
Bukan selalu saya bertemu selebriti yang seronok diajak berbual, yang tahu menghurai tiap jawapan dengan pengalaman dan pandangan. Hanis salah seorang yang membuat saya teruja untuk bertanyakan soalan demi soalan. Janji saya pada Hanis hanya 20 ke 30 minit saja interviu. Tapi kami larut dalam perbualan, tak sedar masa berputar sampai ke satu jam, telefon bimbit pun terasa panas dalam genggaman.
“Best lah soalan-soalan you Bids. Banyak benda I boleh jawab dan share,” ujarnya. Ini adalah temubual kedua saya bersama Hanis, kali pertama tujuh tahun dulu. Jadi bila sudah lama, banyaklah hal-hal yang ingin saya tanyakan. Tambahan pula, Hanis hari ini sudah banyak bezanya, bisnes juga makin berjaya, cahaya mata juga sudah dua. Dia juga seakan sudah meletak gelaran selebriti ke tepi, fokusnya hari ini hanya perniagaan dan keluarga.

Apakah rutin tipikal Hanis setiap hari?
Seawal pagi dah bangun menguruskan keluarga. Anak-anak saya sangat clingy, walaupun mereka sikit-sikit dah tahu uruskan diri sendiri, tapi mereka nak saya ada dengan mereka. Misalnya, walaupun dah boleh mandi sendiri, kalau boleh mereka nak saya tunggu kat luar. Biasanya bila dah sarapan, Hairul akan hantar mereka ke sekolah, dan saya siap-siap ke pejabat. Selalunya dalam seminggu tiga hari paling kurang saya akan ke ofis. Kalau waktu sibuk, setiap hari saya ke sana.
Di pejabat saya banyak terlibat dalam hal kreatif, ada juga membantu untuk hal pengurusan. Biasanya saya akan bekerja di pejabat sampai pukul empat atau lima, jadi bila balik anak-anak sudah di rumah. Jika sempat saya akan join mereka untuk extra classes. Then, I prepare their dinner dan kami akan makan malam bersama.
Menguruskan tiga jenama dengan konsep berbeza, Toujours, Cakenis dan Lovemasak- bagaimana Hanis kekal fokus?
Basically saya memang terlibat ketiga-tiganya tapi semuanya memerlukan perhatian yang berbeza. Cakenis go back to my creative vision, benda yang saya suka. Saya masih terlibat dalam hal-hal besar seperti pemilihan material dan saya selalu join untuk sourcing, bertemu supplier yang saya rasa skop kerja yang sangat demanding. Saya suka terlibat dalam hal berkaitan kreatif dan saya ada team yang akan execute. Hal-hal penghasilan desain dan produk saya akan terlibat, which I enjoy it.
Toujours pula sangat simple tapi sangat strong. Ia sebuah jenama yang sudah 11 tahun di pasaran jadi orang dah kenal dan orang dah percaya. Jadi kita biasanya memang ada marketing direction yang kita dah plan selama setahun. Kalau kita nak buat something fun baru kita akan plan and execute something.
Mylovemasak pula satu bisnes yang saya dan Hairul pada awalnya tak pasti nak buat atau tak. It’s started last year dan bila dah buat both of us kinda like it. But after awhile kita rehat sekejap. Saya anggap ia sebagai satu passion project. Bila kita ada idea nak launch produk baru, kita akan buat for example chilli oil. Kita bermula dengan ready to eat macam sambal sardin, sambal kicap dan macam-macam lagi.
Yang mana menuntut extra attention?
Cakenis. Sebab ia sesuatu yang memang saya suka, it’s my baby.
Hanis dilihat lemah lembut, tapi I think you sebenarnya seorang yang tegas especially hal berkaitan kerja. Am i right?
Ya, itu betul. You observe it right. I have my vision dan saya bersyukur saya punya team yang boleh vibes dengan saya, passionate team. Bila saya slow down mereka yang akan ajak buat itu ini, share ideas. My energy match dengan my team. Tapi, end of the day is still business, apa-apa benda fun kita nak buat kita akan tengok balik adakah ia sellable, marketable and profitable.
You lead a team yourself. What sort of boss are you?
Saya introduce Cakenis lebih kurang 11 tahun dan saya masih ada staf yang memang sudah lama bekerja dengan saya. My team respect my vision, dan itu sangat penting kerana respect adalah sesuatu yang kita earn, bagaimana kita membawa diri bila bersama mereka. Saya akan terlibat sama dalam hal-hal kerja, bukan sekadar cakap dan minta mereka buat. Teamwork sangat penting. We may enjoy each other company, ada masa kita pergi karaoke, dinner together. It’s nice energy. Saya bukan boss boss, you know what I mean. Jika saya tak datang ke ofis, mereka sendiri akan minta saya datang.
Sebagai majikan, apa pendapat Hanis tentang gen-z? Hanis ada pekerja dari kelompok gen-z?
Saya ada ramai pekerja gen-z. Saya mula hire gen-z lebih kurang dua tahun dulu sebab generasi ini umurnya dah keluar universiti dan mula bekerja. Pada awalnya saya tak tahu nak expect apa walaupun saya ada adik yang gen-z juga. Pada awalnya saya bagi mereka kebebasan nak buat apa, dan saya taklah letakkan target apa-apa. Saya cuma cakap just do whatever they want to do.
Benda pertama yang mereka nak buat ialah TikTok. Waktu itu it was a cringey to be on TikTok sebab waktu itu TikTok lebih kepada trend menari-nari. Tak banyak brand ada akaun TikTok. Saya macam eh kejap-kejap, aku dah hire gen-z, aku kena consider their opinion. Kalau tak untuk apa saya bayar dorang kalau saya tak guna their valuable input. Lagipun saya fikir gen-z is my future consumer.
Then they launch TikTok Cakenis and starting curate content. Dalam hati saya cakap, “Hanis kau tahan je kau punya rasa cringe tu haha”. Slowly dorang curate more content, menari lagu Blackpink, ada yang FYP, ada yang dapat 100-200 ribu views. Sampailah ada satu video swimwear FYP globally, reach 23 juta views. Masa itu we are not ready sebab our website not currency friendly. Jadi kami tukar semua website overnight.
Pada pendapat saya gen-z bukan nine-to-five hustle. What you value them, they can give more itu yang saya boleh cakap selepas lebih dua tahun bekerja dengan mereka. Asalkan kita tak tie them dengan tanya kenapa datang lambat ke, they are okay, walaupun you minta tolong untuk buat kerja selepas waktu kerja pun mereka akan tolong selagi kita not govern their conduct.
Lagi satu gen-z buat kita semua evolve, kita belajar banyak benda dari mereka, mereka tahu benda-benda baru. They are passionate if you know the right button to push. Tapi bagi saya ia boleh jadi hal yang tricky bagi sesetengah pekerja yang lebih senior. Gen-z sangat vokal dan mereka knowledgeable, older generation kena tahu bagaimana untuk tackle and deal with them. Even my company perlu hire good HR, ambil course management, belajar corporate communication sebab gen-z bijak. Kita tak boleh hanya cakap-cakap, mereka tanya soalan yang betul dan mereka juga sebenarnya cabar diri saya sebagai majikan, sekaligus kita sendiri pun akan jadi lebih baik. Saya kena update dan tahu banyak benda. Mereka tahu akta pekerja. Kita kena one step ahead.

Hanis dulunya blogger, hari ini masih menulis?
Oh my god Bids, I dah tak menulis. Dan saya rasa dah hilang skil menulis, and it such ashame. Bagi saya menulis itu adalah benda yang bagus kerana ia adalah satu cara untuk berekspresi. I miss the blogging era. Blogger yang saya kenal dulu masih menulis, walaupun tak menulis blog mereka masih tulis long caption, long thread. Terror lah dorang. Saya tak pasti saya masih ada skil menulis atau tak.
Saya rasa menjadi selebriti adalah salah satu sebab mengapa I step back. Dulu, sewaktu masih blogger kita akan tulis saja, apa yang kita rasa dan experience kita akan tulis. Dia bukan macam menulis sebagai selebriti kerana akan ada consequences nya. Hari ini jika saya menulis atau ekspres pandangan, it will use to against us, one way or another. Itulah sebab saya dah mengundur diri dalam penulisan. Tambahan pula orang sekarang mudah trigger. Maybe our joke doesn’t suit right with some people. We can not just simply blur it out, gurau itu ini. That’s why I step back but I lose my writing skills.
Tak lagi menulis, tapi pasti ada bahan bacaan harian Hanis?
Hahaha.. am a very boring person sekarang Bids. Sekarang apa yang selalu saya baca ialah business book, anything that giving back to my business. I still pretty much read. Di hadapan saya ada buku tulisan Richard Branson, ‘Like A Virgin’, you know the founder of Virgin Airlines. Saya suka baca kisah other business owner, nak belajar dan tahu their thought process and challenges. Bahan bacaan saya tak lagi poetic or romantic, macam tak membantu sangat untuk saya write better.
But autobiography still interesting right? Jadi bila Hanis curi masa membaca?
Jika saya travel saya biasanya bawa buku bersama. Dan selalunya bila terlalu sibuk kita selalu terlupa tentang diri sendiri, waktu macam tu saya akan baca buku. Saya suka kerja, sikit-sikit ada idea I nak get into meeting, even bila di rumah pun saya masih ingat kerja. Lagi satu bila ada masa everyone triggered on social media, energy tak best, I will take time off from work, I just put my phone away, then I will read. Kalau tak membaca sekalipun saya akan spend masa tengok YouTube Architectural Digest. I’m a home person, suka duduk rumah, jadi saya suka tengok interior. Bagi saya itu satu escapism.
Hanis ada akaun media sosial yang Hanis suka?
Saya ada suka beberapa akaun, tapi mostly memang akaun interior, yang ada content macam mana nak set-up meja makan.
Do you have insecurities?
Saya baru saja terfikir hari tu. Saya keluar dinner dengan Diana Danielle, dan saya cakap kat dia, dia ingat tak when we were in 20’s kami ada banyak insecurities, but sekarang bila dah 30’s kita relaks gila. Tahun ini umur saya masuk 35 tahun dan saya memang tak ada apa-apa insecurities macam masa muda-muda, yang saya insecure hal remeh-temeh, yang not big deal pun sebenarnya. Mungkin saya lebih tenang kerana the love that I have around me, suami, anak-anak dan juga orang-orang di sekeliling saya. Masa muda-muda kita ada insecurities mungkin kerana kita masih mencari siapa diri kita, lama-lama kita mula terima apa-apa dalam kehidupan dan apa yang sudah ditentukan Tuhan.

Hanis ada sebarang obsesi ketika ini?
Kalau obsesi tentang trend, saya suka chrome. In my bag line pun saya ada suntikkan elemen chrome. Kalau saya ada buat dinner party, table setting pun aka ada chrome. Saya obses dengan interior, apa-apa saja yang cantik.
Ada sebarang hobi, mungkin kegemaran baru?
Saya suka memasak sejak dulu lagi, ia rutin dah bertukar menjadi hobi kerana saya sibuk dengan kerja. Bila terasa sibuk sepanjang minggu saya akan ada rasa nak buat very nice dinner on weekend.
Saya perhatikan di IG story, saya boleh agak Hanis actually suka hos small gathering, panggil kawan atau famili datang makan.
Ya, betul. I love being host for dinner or brunch. Saya suka bila ada good company, kita makan dan berborak. Itu juga salah satu escapism saya. Kalau dah stres, saya akan cakap kat Hairul, “Ayang jom kita host, kita masak-masak”.
Are you music or movie person?
Saya rasa muzik, kalau tanya filem terakhir yang saya tonton pun saya tak boleh jawab, lagi-lagi bila Hairul dah tak berlakon. Yang saya tengok ulang-ulang Paskal lah… hahaha. Saya lebih kepada muzik, lagu-lagu Melly Goslow, Agnes Monica tu semua saya suka.
Walaupun dah beranak dua, umur pun dah pertengahan 30-an, tapi badan Hanis maintain. Apa rahsia?
Kebelakangan ini saya cuba amalkan clean eating. Seminggu dalam tiga hari saya akan buat. Saya foodie, macam-macam yang saya makan. Apa yang lalu kat TikTok saya akan share link with my sister dan minta dia belikan. Bila you foodie, banyaklah benda merepek you makan. Bila saya eating clean means makanan saya simple saja. Stik dengan garam dan pepper, telur rebus, potato salad or normal salad. Kalau ke ofis pun saya akan bawa bekal, telur rebus, pisang dan oren. Saya kena alternate sebab I’m very naughty, saya kena bagi my body rest. Saya kena bergerak juga. Rumah saya empat tingkat dan saya memang akan guna tangga. Bila duduk saja buat kerja dan tak move at all, I feel bad.
Tentang diri, apa yang mahu diperbaiki tahun ini?
Knowledge! Bila kita so caught up with work and life, kadang-kadang kita terlupa yang kita sebenarnya student for life. Kita ada banyak benda yang kita boleh belajar dari orang lain, courses and reading. I always hungry for knowledge. Jadi kalau Bids tanya apa I want to improve, definitely gain more knowledge.
Ada lima tahun lagi, apa yang mahu dicapai bila usia mencecah 40?
Hmmm.. I don’t know. Saya jenis orang yang live my life day to day. Saya hanya fikir everyday is brand new day, saya tak ada long-term goal. My life goal yang saya ingat dulu, saya nak kahwin in my mid 20’s, bila dah dapat, saya tak tetapkan pun bila nak ada anak, atau apa-apa saja. Maybe I want my business autorun supaya saya boleh relaks sikit bila dah 40’s. Not so tight up, touch base sikit-sikit dan relaks. Buat masa ini fokusnya mahu kukuhkan apa yang diusahakan.

Apa yang Hanis suka tentang bulan Ramadan?
Saya suka how simple it is. As a mom, saya selalu rushing itu ini. Bila Ramadan kami sahur bersama, Yusuf dan Alisa pun memang dah dilatih berpuasa, berbuka pun sama-sama. Sajian untuk sahur dan berbuka juga ringkas saja.
Raya dikaitkan dengan bermaaf-maafan, Hanis mudah untuk forgive and forget?
Ya, saya mudah memaafkan tapi memori saya ni kuat juga.. hahaha. Bagi saya setiap hal yang berlaku adalah pengajaran dan pelajaran untuk saya. Bila ada orang berbuat salah, saya cuba untuk fikir itu adalah ujian Allah untuk saya, dan saya ambil pengajaran dari apa yang terjadi. Dalam masa yang sama juga reflek diri sendiri.
Mudah untuk move on?
Sangat mudah. Jika ada apa-apa berlaku, if everything said and done, necessary action have been taken, confront or whatever, saya senang untuk move on. Mentally or psychologically, saya orang yang mudah untuk move forward. Bagi saya banyak lagi benda kita nak fikir. With every roles in my life, apa-apa yang toksik, bila selesai saya move on. Bagi saya benda-benda negatif ini banyak consume energy dan buang masa.
Tahun ini genap 10 tahun usia perkahwinan Hanis dan Hairul, apa yang Hanis belajar dari sedekad ini. Apa itu perkahwinan?
I am such a lovergirl, yang bila saya love, saya love hard. Bertuahnya pula bila suami saya juga begitu. Baru-baru ini ada fan account post satu video di TikTok, collage of me and Hairul, am glad we are still together dan saya bersyukur he still treat me seperti mana dia melayan saya dulu. Perkahwinan ini perkara pokoknya ialah memberi, kemudian barulah menerima. It’s give and take, bila dia down, energy saya kena high, begitulah sebaliknya. We need to be there for each other in every phase of our life. Contohnya, saya hari ini tak sama dengan saya 10 tahun lalu. Perubahan diri itu mesti diterima. Kita mesti very much in love, dan itulah yang seharusnya berlaku dalam perkahwinan.
Bagi saya perkahwinan itu adalah effort yang berterusan. Love yang you bagi, expression of love, ia mesti contstantly ditunjukkan. Perkahwinan itu adalah satu kerja, salah satu hardwork yang constant dalam kehidupan yang kita kena fokus.
Saya selalu beritahu kawan-kawan saya yang belum kahwin, kalau dorang belum bersedia, jangan kahwin. Ada sebab orang kata work on your marriage sebab ia memang satu kerja. Bila dah kahwin kita ada komitmen untuk kekal setia, komitmen untuk tunjukkan cinta untuk bina kehidupan yang kita sama-sama mahukan. Kalau mereka boleh commit, hadap semua cabaran dan dugaan, go ahead. If they happy hidup sendiri tanpa perlu serve atau jaga hati siapa-siapa, tak sedia untuk komitmen, jangan kahwin.

Adakah bila Hanis dan Hairul bekerja sama-sama membuatkan perkahwinan itu lebih mudah?
Absolutely. Bila kita kerja sama-sama, komunikasi juga lebih mudah. Banyak benda yang kita kongsi bersama, hal kerja dan anak-anak. He take big chunk of parenting, communication jadi lebih solid. Apa yang dia lalui hari-hari kita boleh faham, bukan benda kompleks yang kadang-kadang kita sendiri have no idea.
Hairul Azreen sebagai seorang suami dan bapa, apa karakternya yang tak semua orang nampak?
Oh my god garang! Dia garang dan dia sangat komited hal-hal anak dia. All extra classes Hairul yang jadualkan. Dia sendiri yang akan deal dengan coaches atau cikgu. Dia akan pastikan semuanya teratur. Dia tak suka kalau anak dia melepet tak buat apa-apa. Dia nak anak dia aktif sebab itu dia bawa pergi main pickle ball, boling dan macam-macam lagi. Dia dah build anak-anak jadi aktif. Saya seronok tengok Yusuf dan Alisa active and healthy.
Sebagai suami pula dia sangat attentive to my feelings and how I like things. Kita selalu duduk sama-sama and realign apa yang kita nak dalam hidup. Dia suka beratkan apa-apa yang saya cakap, dan benda ni buat saya hati-hati dengan apa yang saya nak cakap.
Nasihat terbaik Hairul untuk Hanis yang selalu dipegang?
Dia banyak advise my well-being. Dia selalu ingatkan saya betapa sabarnya saya. Kalau hal kerja banyaklah yang dia bantu, dia selalu ingatkan saya untuk fokus. Saya ni Libra tau Bids, bila dah suka ini, suka itu pula. I always indecisive. Keputusan saya bertukar-tukar. Jadi, dia selalu tarik saya balik untuk fokus. My team is very grateful ada dia.
Membesarkan anak di era sekarang, yang rasanya banyak influence luar, adakah ia membuatkan Hanis menjadi anxious atau overthinking?
Cabaran ibu bapa hari ini memang besar melihatkan era kita berada sekarang. Apa yang Bids cakap betul, gajet membuka ruang untuk endless information. Saya memang overthinking dan bagi saya overthinking adalah tools to be good parent. Di era ini, kita sebagai parents selalu di belakang, kita tak ahead in technology. Tiba-tiba ada platform ini, ada game itu, game pula ada chatroom, oh game ni boleh beli kat 7 Eleven. Kita tak tahu sebab kita one step behind. Overthinking itu bagus untuk kita selalu cek siapa kawan anak-anak kita.
Saya selalu organize big birthday party untuk my kids sebab saya boleh kenal siapa kawan-kawan dia. Dan mostly akan datang dengan ibu ayah mereka, jadi indirectly saya pun kenal the parents. Kita boleh kenal siapa schoolmates, classmates dan kita boleh tahu apa yang mereka sembang. Sekurang-kurangnya kita boleh berbual dengan anak-anak kita, tak ada lah kita ni macam alien yang tak tahu apa-apa. Saya dan Hairul selalu terbuka, kita akan dengar apa-apa yang anak-anak nak share. Anak-anak ada masanya taknak share apa yang mereka buat sebab takut kita marah.
Kalau bab gajet saya memang tak senang-senang bagi. Boleh guna telefon dan iPad saya dan Hairul, itu pun hujung minggu. Kami takkan bagi mereka buka apps yang ada chatroom atau media sosial, atau apa-apa yang orang luar boleh reach them. Bagi saya sebagai ibu bapa, bonding sangat penting, kita boleh letak macam-macam rules tapi bonding itu yang buat mereka faham kenapa kita buat dan decide certain things.
Instagram Yusuf dan Alisa, siapa yang kerap update?
Hari ini Hairul. Masa mereka still baby saya yang banyak update sebab I want document their journey.
Okey soalan terakhir, flashback 10 tahun lalu, Hairul Azreen melamar Hanis di pentas Gegar Vaganza, selepas sedekad apa perasaannya bila teringat momen itu?
Macam saya cakap tadi, perkahwinan ni memerlukan effort yang berterusan. Kadang-kadang kita nak attention sebab kita terlalu sibuk dengan kerja. Saya akan gunakan momen itu untuk ingatkan diri how much he loves me. Saya akan cakap kat diri saya, dia sanggup ya buat macam tu walaupun apa pun kata orang. Dia willing to do, dan saya rasa tak ramai lelaki nak buat macam tu. I feel so love. Dia ni sayang betul kat aku. Bagi saya itu salah satu memori indah. Anak-anak pun akan ingat how much their father love their mom. Bagi saya itu good testament of love dari dia.