Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan sememangnya terkenal dengan keprihatinannya terhadap isu kesihatan mental di Malaysia.
Sejak bertahun-tahun Tengku Puteri Iman giat memperjuang dan meningkatkan kesedaran mengenai isu ini menerusi kempen-kempen yang diadakan secara fizikal mahupun maya.
Kini, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu mencatat sejarah apabila dilantik sebagai Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.