Pelantikan ini bukan sahaja satu pencapaian buat Malaysia tetapi juga peingiktrafan terhadap peranan puteri itu sebagai pendukung antarabangsa untuk kesihatan mental, menurut Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj.
Ia juga menegaskan usaha Malaysia ke arah meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental, rawatan dan cabaran yang dihadapi.
Tengku Puteri Iman Afzan bakal ditauliah di Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) di New York, Amerika Syarikat dan akan disokong oleh lembaga pengarah pertubuhan tersebut iaitu Presiden, Setiausaha Agung, Bakal Presiden serta Naib Presiden Serantau Amerika Utara dan Caribbean.