Pada 2019, Tengku Puteri Iman dilantik sebagai Penaung Diraja Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) yang mempromosikan kepentingan kesihatan mental dalam menyediakan sokongan kepada pesakit dan penjagaan melalui pelbagai inisiatif.
Awal tahun 2021, puteri berjiwa rakyat ini bersama-sama Puteri Nor Ariane Yasmin mengasaskan Green Group Ribbon, perusahaan sosial yang bertujuan untuk membantu memajukan agenda kesihatan mental di Malaysia.
Isu kesihatan mental bukanlah sesuatu yang baharu buat puteri itu yang mengakui pernah berhadapan dengan kebimbangan melampau ketika bergelar remaja.
Foto: Greenribbongroup
Baca: Selena Gomez Dedah Isu Yang Menjejaskan Kesihatan Mentalnya