Sekian lama menyepi, Brendan Fraser kembali memeriahkan dunia perfileman dengan menggalas watak utama dalam filem The Whale.
Filem arahan Darren Aronofsky itu yang dipertontonkan di Festival Filem Venice Ke-79 baru-baru ini meraih sambutan luar biasa daripada hadirin, sekali gus mengundang sebak di hati Branden.
Menurut Variety, selepas tamat tayangan filem tersebut, penonton sepakat untuk bangun dan memberi tepukan gemuruh selama enam minit. Melihatkan reaksi positif, pelakon itu menitiskan air mata dan sempat memeluk pengarah sebelum memberi tunduk hormat kepada para hadirin.