Kini timbul khabar angin yang mengatakan pelakon kelahiran Australia itu bertindak menyaman Miley kerana menabur fitnah sehingga mencalarkan reputasinya dan menyebabkan dia hampir kehilangan kontrak siri popular Netflix, The Witcher musim keempat.
Tidak dipastikan adakah berita itu benar atau sebaliknya memandangkan maklumat tersebut disebarkan oleh peminat, bukan dari sumber sahih.
“Menurut beberapa dokuman, Liam Hemsworth secara rasminya menfailkan saman fitnah terhadap Miley Cyrus selepas kejayaan lagu Flowers,” ciap peminat di Twitter.
Bagaimanapun jika spekulasi ini benar, Liam berdepan kesukaran untuk memenangi kes tersebut memandangkan Miley tidak pernah menyebut namanya dalam lirik lagu Flowers.