“Bukan semua orang cukup bertuah diberi peluang untuk bertanggungjawab atas kesilapan mereka di masa lalu di hadapan umum. Saya berasa malu dan sedih dengan diri saya di masa lalu. Saya mudah berasa tergugat dan suka mencari perhatian.
“Saya malu dan benar-benar menyesal namun ia tidak seteruk pengalaman yang dilalui Courtney disebabkan kelakuan saya. Saya telah bekerja keras untuk menggembirakan anda dan disayangi oleh anda, dan perasaan telah mengecewakan anda semua tidak mampu saya tanggung, sejujurnya.
“Ini bukan satu-satunya kesilapan saya dan pastinya bukan yang terakhir walau sekuat mana pun saya cuba, namun saya akan terus mencuba,” tulisnya panjang lebar menerusi satu ciapan di Twitter.