Akui Teigen, dia ada cuba menghubungi Stodden secara privasi namun tetap mahu membuat permohonan secara terbuka menerusi Twitter kerana dia yang menjadi dalang di sebalik semua ini.
Pengarang The Cravings itu menambah, “Saya mohon maaf, Courtney. Saya berharap anda kini ‘sembuh’ dengan permohonan maaf dari lubuk hati saya yang paling dalam.
“Dan saya minta maaf kerana telah mengecewakan anda semua. Saya akan selamanya mencuba untuk menjadi lebih baik daripada 10 tahun lalu, satu tahun lalu, enam bulan lalu.”