The 1975 Langgar Kontrak Yang Dipersetujui
David Mathew menambah, tuntutan FSA dibuat adalah kerana pelanggaran kontrak yang disengajakan oleh kumpulan itu. Wakil The 1975 memberi jaminan bertulis bahawa mereka akan mematuhi panduan dan peraturan tempatan semasa membuat persembahan.
“Bagaimanapun jaminan itu diabaikan. Tindakan The 1975 dengan jelas melanggar kontrak yang mengakibatkan pembatalan festival dan menimbulkan kerugian besar kepada FSA. Ia juga memberi impak buruk kepada artis tempatan dan perniagaan yang bergantung pada kejayaan festival itu.”
Tambah penganjur, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah England sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi dalam tempoh tujuh hari.
Bulan lalu The 1975 mencipta kontroversi setelah vokalisnya, Matty Healy mengucup pemain bass, Ross MacDonald di pentas Good Vibes Festival. Dia turut mengutuk kerajaan Malaysia berkenaan isu LGBTQ+ dan berkelakuan biadap ketika membuat persembahan.