HiburanThe Burning Sun, Skandal Terbesar Idol K-Pop21/05/2024Eqa Zulkifli Peminat di Malaysia dikejutkan dengan skandal terbesar yang pernah melanda industri muzik Korea Selatan, iaitu skandal The Burning Sun, yang juga dikenali sebagai Burning Sun gate. Skandal hiburan dan seks pada tahun 2019 itu melibatkan beberapa selebriti, termasuk idola Korea dari kumpulan K-Pop yang popular, serta pegawai polis. Penyiasatan skandal Burning Sun Bermuda pada 28 Januari 2019, apabila penemuan video-video yang bertarikh dari 2015 hingga 2016, dan perbualan yang dikongsi di aplikasi KakaoTalk bersama Seungri dan beberapa Idol K-Pop lain. Perbualan ini melibatkan penyebaran dalam talian video seks tanpa persetujuan wanita, serta dakwaan penglibatan pelacuran, pengedaran dadah, dan rasuah polis. Pendedahan perbualan tersebut serta-merta menjejaskan beberapa selebriti, dan lebih ramai lagi apabila skandal tersebut berkembang. Pada 14 Mac, Yong Jun-hyung dari Highlight dan Choi Jong-hoon dari F.T. Island mengumumkan persaraan mereka dari industri muzik Korea setelah didakwa sebagai individu dalam perbualan tersebut, dan agensi Lee Jong-hyun dari CNBLUE mengakui keterlibatannya pada 15 Mac. foto dari Google Buat yang tidak tahu, Seungri dari kumpulan Big Bang, merupakan salah seorang pengarah di kelab malam tersebut, Burning Sun yang bertempat di Gangnam. Skandal ini melibatkan dakwaan rogol dan pengintipan kamera apabila penyanyi dan penghibur Jung Joon-young mengaku merakam secara rahsia hubungan seks dengan wanita dan berkongsi video tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka di dalam perbualan KakaoTalk. Tindakan undang-undang untuk penyiasatan jenayah yang dihasilkan oleh skandal itu berterusan hingga 2021. CEO bersama Burning Sun, Lee Sung-hyun, memberi keterangan bahawa dia telah membayar seorang bekas pegawai polis bernama Kang untuk menutup insiden seorang pelanggan bawah umur, tetapi hukuman penjara satu tahun Kang telah dibatalkan kerana kekurangan bukti. Pada 10 Mac pula, Seungri dikenakan tuduhan rasuah seks dan pada eeesokannya, dia mengumumkan persaraanya dari industri hiburan melalui akaun Instagram miliknya, menyatakan bahawa dia telah menyebabkan “gangguan kepada masyarakat” dan akan bekerjasama dengan siasatan. Kes Seungri berakhir pada Januari 2022 di mahkamah rayuan tentera, dengan hukuman penjara yang dikurangkan selama satu setengah tahun dan denda. Pelbagai reaksi dari peminat K-pop, ketika skandal ini berlaku, bahkan ada yang sanggup menunggu di luar pejabat agensinya untuk penjelasan. Walau bagaimanapun, ada peminat lain terus menyokongnya sehingga ke hari ini. foto dari Google Artikel Berkaitan: 10 Skandal Korea Yang Mengejutkan Dunia K-Pop Total 0 Shares Share 0 Tweet 0 Pin it 0 Share 0 Share 0 Share 0 Related TopicsBig BangBurning SunBurning Sun GateCNBLUEFT islandkakaotalkSeungriskandal Burning SunYong Jun-hyung Eqa Zulkifli Previous Article Hiburan Siapa Dia Bicara Yuna Tentang Gen-Z, Boikot, Projek Fesyen dan Pelan Pulang Ke Malaysia 19/05/2024khairul abidin View Post Next Article Hiburan Selebriti Lelaki Berumur 30-an Yang Masih Bujang 21/05/2024Farah Ain View Post Leave a Reply Cancel replyYour email address will not be published. Required fields are marked *Comment * Name * Email * Website Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.
Previous Article Hiburan Siapa Dia Bicara Yuna Tentang Gen-Z, Boikot, Projek Fesyen dan Pelan Pulang Ke Malaysia 19/05/2024khairul abidin View Post