Selepas hampir 20 tahun, “The Devil Wears Prada” kembali dengan sekuel yang dinanti-nantikan. Dengan barisan pelakon asal kembali dan jalan cerita yang lebih moden, berikut fakta menarik tentang “The Devil Wears Prada 2”!
Dua dekad selepas Meryl Streep, Emily Blunt, Anne Hathaway dan Stanley Tucci membuktikan bahawa semua orang mahu menjadi seperti mereka dalam The Devil Wears Prada, barisan pelakon kini kembali untuk memulakan penggambaran sekuelnya.
20th Century Studios mengumumkan berita ini—yang sememangnya lebih “mengejutkan” daripada bunga-bungaan untuk musim bunga di Instagram pada 30 Jun, disertakan dengan klip yang memaparkan dua kasut tumit tinggi merah menyala sambil memainkan petikan ikonik daripada filem asal tahun 2006.
Apakah jalan cerita The Devil Wears Prada 2?
Filem ini dijangka akan memfokuskan kepada sudut pandang Miranda Priestly (lakonan Meryl Streep), ketua editor yang tegas dan berpengaruh, ketika beliau berdepan dengan kejatuhan industri penerbitan bercetak.
Pada masa yang sama, dia juga berdepan dengan bekas pembantunya, Emily Charlton (Blunt), yang kini merupakan seorang eksekutif berkuasa tinggi di sebuah syarikat pengiklanan mewah.

Siapakah barisan pelakon untuk sekuel ini?
Para pelakon utama sedang dalam perbincangan untuk kembali memegang watak masing-masing dalam sekuel ini, termasuk Anne Hathaway (Andy Sachs), Meryl Streep (Miranda Priestly), Emily Blunt (Emily Charlton), dan juga Stanley Tucci (Nigel Kipling). Pihak Disney masih belum memberi sebarang komen mengenai berita ini.
Kenneth Branagh dijangka akan membawakan watak sebagai suami kepada Miranda.
Siapa penulis skrip asal, penerbit, dan pengarah untuk projek ini.
“Majalah dan dunia penerbitan telah berubah begitu banyak,” kata penulis skrip Aline Brosh McKenna. “Ini adalah satu tempoh di mana Andy membawa sebuah buku fizikal ke rumah seseorang setiap hari supaya orang itu boleh menyelaknya. Mungkin mereka masih lakukan begitu, tapi saya rasa tidak. Itu hanya sesuai pada zamannya!”
Pada tahun 2021, McKenna bersama pengarah David Frankel dan penerbit Wendy Finerman nampaknya telah menolak khabar angin tentang sekuel dalam satu temu bual sempena ulang tahun ke-15 filem tersebut yang penuh dengan elemen nostalgia.
Namun kini, nampaknya ketiga-tiga mereka telah dipanggil semula untuk pusingan kedua. Trio ini kembali dengan bahan baru: penulis Lauren Weisberger, yang memoirnya pada tahun 2003 menjadi asas kepada filem pertama, telah menulis sambungan berjudul Revenge Wears Prada pada tahun 2013. Cerita ini menyambung semula kisah Andy Sachs, Miranda Priestly, dan Emily Charlton beberapa dekad kemudian ketika mereka bertembung dalam isu penjualan sebuah majalah baru dan ia mungkin menjadi titik permulaan yang sempurna untuk The Devil Wears Prada 2.
Fesyen Dijangka Lebih Epik
Pereka kostum dari filem pertama, Patricia Field, belum disahkan kembali tetapi jika dia terlibat, peminat boleh menjangkakan gaya yang lebih berani, mewah, dan kontemporari. Dunia fesyen kini lebih inklusif, jadi watak-watak baru dijangka menampilkan gaya yang lebih pelbagai, termasuk pengaruh streetwear, minimalism, dan sustainable fashion.
Adakah tarikh tayangan telah diumumkan?
Sekuel ini akan ditayangkan pada 1 Mei 2026.
Adakah penggambaran telah bermula?
Ya! Pada 30 Jun 2025, 20th Century Studios mengumumkan di media sosial bahawa sekuel ini secara rasmi telah memulakan penggambaran.