As a Malaysian we should feel proud! Drama siri ‘supernatural romantic’ enam episod The Ghost Bride penuh dengan babak yang mendebarkan dan ada juga yang lucu, bersama barisan pelakon yang hebat dari dalam dan luar negara.
Diarahkan oleh dua pengarah Malaysia, Quek Shio Chuan dan Ho Yuhang, mereka memilih untuk mengetengahkan tradisi mitos Malaysia yang popular dikalangan masyarakat Cina, adaptasi dari novel terkenal The Ghost Bride hasil karya Yangsze Choo yang juga merupakan 2013 New York Times Bestselling Novel. Drama siri dalam bahasa Cina ini juga bakal meletakkan nama Malaysia sebagai drama siri unggul yang bakal ditayangkan di kesemua 190 negara menerusi aplikasi Netflix.
Kesemua pengambaraan dijalankan di beberapa lokasi di Malaysia, bukan sahaja di Melaka tetapi di kawasan warisan lama di Penang, Taiping, Ipoh dan Iskandar Puteri Johor yang baik dalam melambangkan era Cina-Peranakan semasa abad ke-19 di perkampungan Melaka. Drama ini juga menampilkan nama besar seperti Huang Pei Jia dan Wu Kang dari Taiwan, dan Ludi Lin, pelakon popular yang pernah membintangi filem mega adiwira Aquaman dan Power Rangers dan tidak juga dilupa pelakon wanita Malaysia yang pernah membintangi sitkom terkenal Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Angeline Tan yang melakonkan watak seorang ibu yang gila akibat kesedihan.
Drama siri terbitan Netflix ini megisahkan tentang seorang wanita, Li Lan lakonan Huang Pei Jia yang dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang sudah mati ‘ghost bride’ sebagai pertukaran hutang keluarganya. Percubaannya untuk melepaskan diri menjadi rumit apabila dia menemui konspirasi yang jauh lebih besar dan misteri. Drama siri ini boleh disaksikan bermula esok (23 Januari) di Netflix. Jom tonton trailer siri ini di bawah!