Pelakon Whiplash, Miles Teller telah melalui sesi uji bakat dan dipilih untuk watak utama dalam siri baharu terbitan Paramount Plus, The Offer.
Teller bakal menggantikan tempat Armie Hammer selepas pelakon itu menarik diri kerana terpalit dengan tuduhan serangan seksual.
Siri mini 10 episod itu berdasarkan filem The Godfather arahan Francis Ford Coppola yang memenangi Anugerah Akademi pada 1972. Ia diadaptasi daripada novel karya Mario Puzo dengan tajuk sama yang diterbitkan pada tahun 1969.