Siapa yang tak kenal dengan girl group ini, The Pussycat Dolls yang sangat popular sekitar tahun 2008 – 2010. Lagu-lagu mereka banyak menjuarai carta muzik antarabangsa seperti Buttons, Stickwitu, Wait a Minute, When I grow up dan banyak lagi!
Foto: digitalspy.com
Namun, selepas menghasilkan album kedua mereka pada tahun 2008, PCD mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing . Berita perpecahan itu mencetus rasa sedih di kalangan peminat kerana impak yang diberikan oleh mereka sangat besar. Buktinya, sehingga ke hari ini masih ada peminat masih setia menanti untuk comeback mereka.
Dan, harapan peminat-peminat PCD untuk melihat mereka bersatu kembali akhirnya menjadi kenyataan kerana awal bulan ini mereka telah mengumumkan akan kembali bersama dan menghasilkan naskhah terbaru.
Foto: metro.co.uk
Kesemua ahli asal PCD, Nicole Scherzinger, Ahsley Roberts, Kimberly Wyatt, Carmit Bachar dan Jessica Sutta akan kembali untuk reunion ini.
Yes! EH! rasa begitu terjua dan tak sabar nak dengar lagu terbaru daripada PCD. It’s been a decade!