Sudah lebih daripada dua dekad semenjak The Strokes memperkenalkan dunia kepada bunyi indie rock mereka menerusi album debut Is This It?.
Kini, mereka kembali dengan album baharu, Reality Awaits, tetapi kali ini The Strokes kedengaran sedikit berbeza daripada apa yang biasa kita dengar.
Antara perubahan paling ketara ialah vokal Julian Casablancas kedengaran lebih heavily processed, termasuk penggunaan autotune dan vocal effects.
Bunyi tersebut sebenarnya bukan perkara yang terlalu asing buat Julian. Dia pernah pereksperimen dengan pendekatan yang sama di dalam projek solonya dan kolaborasi seperti “Instant Crush” bersama Daft Punk.
Kalau dalam Reality Awaits, eksperimen tersebut terasa lebih jelas apabila digabungkan dengan bunyi The Strokes yang semakin sukar dijangka. Selepas lebih 20 tahun, nampaknya mereka ubah minat dan tidak mengulang formula lama di dalam lagu mereka.
Daripada lagu yang niche hingga bunyi sedikit pelik dan eksperimental, ini lima lagu terbaik dalam Reality Awaits yang patut anda dengar!

Lonely in the Future
Kalau anda perlu pilih satu lagu yang paling menampilkan karakter Reality Awaits, “Loney in the Future” mungkin adalah jawapannya.
Lagu ini dipuji beberapa penerbitan muzik sebagai antara track terbaik dalam album, termasuk Still Listening yang meletakkannya sebagai lagu terbaik The Strokes.

Dari segi tema, lagu ini bermain dengan idea kesunyian, masa depan dan rasa terasing dengan dunia sekarang, tetapi disampaikan dengan cara yang sedikit sinis.
Liriknya juga mempunyai sisi jenaka apabila dipercayai menyelitkan sindiran terhadap pengkritik muzik Anthony Fantano. Dengan gabungan melodi catchy, vokal yang pelik dan lirik yang sedikit nakal menjadikan lagu ini antara highlight album.
Going Shopping
Jika mahukan lagu yang boleh diterima oleh pendengar yang baru mahu berkecimpung di dalam dunia indie, “Going Shopping” mungkin pilihan paling tepat.
Sebagai salah satu single utama album, lagu ini membawa groove yang lebih bouncy dengan sedikit pengaruh yacht rock.
Tajuknya sendiri menggunakan aktiviti harian yang biasa seperti pergi membeli-belah tetap disebaliknya mereka ingin menyampaikan sesuatu yang lebih besar tentang masyarakat dan politik.

Gitar Nick Valensi dan Albert Hammond Jr. juga menjadi antara highlist lagu ini, permainan gitar mereka yang menghasilkan bunyi yang lebih playful, menjadikan “Going Shopping” menjadi salah satu tack yang paling approachable dalam album.
Dine N’ Dash
Kalau anda fikir The Strokes sudah cukup pelik, tunggu sehingga “Dine N’ Dash” masuk ke bahagian akhirnya.
Lagu ini menjadi antara track yang plaing eksperimental dalam album mereka, dengan Consequence menggambarkannya sebagai salah satu karya paling chaotic daripada band tersebut.

Seperti tajuknyha, “Dine N’ Dash” membawa idea melarikan diri selepas makan tanpa membayar sebagai satu bentuk pemberontakan dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab.
Namun, lagu ini bukan sekadar tentang restoran.
Ia terasa seperti gambaran kepada sikap impulsif dan keinginan untuk keluar daripada situasi sebelum perlu berdepan dengan akibatnya.
Apa yang paling menarik ialah perubahan gaya yang berlaku secara tiba-tiba di penghujung lagu. Ia benar-benar menunjukkan The Strokes sedang bermain degan struktur dan tidak takut mengambil left turn.
Going to Babble On
Tidak semua lagu yang mendapat perhatian perlu datang daripada pengkritik muzik.
“Going to Babble On” pula menjadi antara fan favourite, terutama dalam komuniti peminat The Strokes. Lagu ini mempunyai tempo yang lebih kepada punchy dan energetic, menjadikannya salah satu track yang membantu mengekalkan momentum album.
Lagu ini berkisar tentang bercakap tanpa henti, fikiran yang berserabut dan kecenderungan manusia untuk terus bercakap walaupun tiada apa yang benar-benar ingin disampaikan.
Ia memberikan lagu tersebut rasa sedikit chaotic tetapi masih menyeronokkan untuk didengari, track ini terasa lebih straightfoward.
Falling Out of Love
Menutup senarai ini ialah “Falling Out of Love”, sebuah track yang mengambil masa hampur enam minit. Berbanding lagu-lagu sebelumnya, ia terasa lebih luas, atmospheric dan emosional
Seperti tajuknya, lagu ini berkisar tentang hubungan yang semakin kehilangan perasaan dan proses menyedari bahawa cinta itu mungkin sudah berakhir. Walaupun produksinya mungkin kedengaran agak berat, ia menjadi salah satu bahagian penting dalam emosi keseluruhan Reality Awaits.
Baca: 7 Lagu 5SOS Yang Patut Hafal Sebelum Pergi Konsert
