Tambah Blake, rancangan itu telah mengubah kehidupannya menjadi lebih baik dari segala aspek dan kenangan bersama pasukan The Voice akan terus terpahat dalam hatinya sampai bila-bila.
“Dua belas tahun ini merupakan satu perjalanan yang menyeronokkan. Saya mahu merakamkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang terlibat dalam The Voice terbitan NBC termasuk penerbit, penulis, pemuzik, kru dan kakitangan katering – anda adalah yang terbaik.
“Ia memerlukan banyak kerja, tenaga, keghairahan, dan minuman beralkohol (Ha!) untuk menjayakan rancangan secara langsung ini dua kali seminggu,” selorohnya.