Blake yang mengahwini rakan juri The Voice, Gwen Stefani tahun lalu turut mendedahkan ‘ikatan seumur hidup’ yang dimeterainya bersama hos Carson Daly dan setiap juri rancangan itu termasuk isterinya.
“Saya ingin memberi sorakan kepada barisan penyanyi – ‘suara’ yang datang ke pentas ini musim demi musim dan memukau kami dengan bakat mereka. Terima kasih yang tidak terhingga buat peserta yang memilih saya menjadi jurulatih mereka.
Penyanyi berusia 46 tahun itu mengakhiri ucapannya dengan merakamkan penghargaan buat peminat, “Semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan anda!”.