Blake telah menjadi sebahagian daripada The Voice sejak rancangan itu mula ditayangkan pada 2011. Dia pernah meraih lapan kemenangan dan melatih 15 penyanyi yang kemudiannya menjuarai carta iTunes Top Songs dengan lagu-lagu mereka.
Juri semasa iaitu Gwen, Camila Cabello dan John Legend juga dilaporkan akan mengundur diri daripada rancangan tersebut.
Untuk musim ke-23, Blake bakal disertai oleh Niall Horan dan Chance The Rapper buat julung kalinya. Kelly Clarkson juga dilaporkan akan kembali ke kerusi juri.
Baca: Camila Cabello Ambil Alih Kerusi Kelly Clarkson Dalam The Voice Musim Ke-22