Lagu Duet The Weeknd Dan Ariana Grande Mencuri Perhatian Pengguna TikTok
Menariknya sebahagian besar pencapaian The Weeknd di Spotify dipengaruhi oleh TikTok selepas lagu duetnya bersama Ariana Grande, Die For You menjadi tular di platform popular itu.
Hasilnya, Die For You menjuarai carta Billboard Hot 100, menandakan kali ketujuh penyanyi berusia 33 tahun itu menggungguli kedudukan pertama dalam carta tersebut. Lagu asal Die For You dilancarkan pada tahun 2016 menerusi album Starboy.

Guinness World Records tidak asing lagi buat pelantun Blinding Lights itu. Dia pernah menerima dua pengiktirafan pada 2016 untuk album paling banyak distrim di Spotify, juga menjadi artis solo lelaki paling lama tersenarai dalam carta Top 10 Billboard Hot 100.
Baca: Berhasrat Tukar Nama Pentas, Ini Yang Menjadi Pilihan The Weeknd