Selepas membuat permohonan maaf kepada para hadirin, pelantun lagu Blinding Lights itu memuat naik satu kenyataan rasmi di media sosial dan menjelaskan perkara yang berlaku.
“Suara saya hilang semasa persembahan pertama dan saya amat kecewa. Saya dapat rasakannya ketika itu dan jantung saya bagai terhenti. Saya memohon maaf kepada semua peminat. Saya berjanji akan menjadualkan semula konsert ini,” tulisnya.
Seorang peminat sempat merakam detik di mana suara penyanyi itu menjadi serak dan pecah sebelum berkongsinya di Twitter.
The Weeknd kini sedang mengadakan konsert jelajah After Hours Til Dawn. Pertunjukan seterusnya dijadualkan berlangsung di Toronto, Kanada pada 22 September 2022.
.@theweeknd the voice crack that ended the night pic.twitter.com/DaP65WWFgl
— andy (@aandy562) September 4, 2022
Baca: Berhasrat Tukar Nama Pentas, Ini Yang Menjadi Pilihan The Weeknd