Dua minggu lalu The Weeknd dan Swedish House Mafia dipilih menggantikan Kanye sebagai penghibur utama di pentas Coachella selepas penyanyi itu menarik diri atas sebab yang tidak didedahkan.
Kanye sebelum ini pernah mengugut untuk menarik diri daripada membuat persembahan sekiranya Billie Eilish yang juga penghibur utama tidak membuat permohonan maaf kepada Travis Scott.
Bekas suami Kim Kardashian itu percaya Billie sengaja menghina Travis apabila dia menghentikan seketika persembahannya di konsert untuk membantu seorang peminat, tidak lama selepas tragedi Astroworld yang melibatkan kematian beberapa pengunjung.
Namun menurut pelantun Therefore I Am itu, dia “sama sekali tidak pernah berkata apa-apa mengenai Travis” dan sekadar “mahu membantu peminat.”
The Weeknd performed ‘hurricane’ at Coachella and the transition is everything 😮💨🔥 pic.twitter.com/J9wjZe1exi
— jillian 💥👁 (@TheAfterHoursXO) April 18, 2022