Sebelum ini portal antarabangsa mendedahkan perhubungan yang terjalin antara mereka hanyalah atas urusan kerja memandangkan The Weeknd kini sedang mengembangkan kerjaya dalam dunia lakonan. Kebanyakan retizen menganggap penyanyi itu sengaja mendekati Angelina untuk menaikkan lagi pengaruhnya di Hollywood.
Bagaimanapun tidak lama kemudian, netizen beralih kepada ibu kepada enam cahaya mata itu pula dengan menuduhnya mahu kekal relevan dan kembali menjadi tajuk berita memandangkan namanya dalam industri Hollywood kian tenggelam.
Setelah lama tidak diberi perhatian oleh pihak media, peminat percaya bintang Eternals ini merindui lensa kamera paparazi dan menghabiskan masanya dengan The Weeknd untuk menarik perhatian ke arah dirinya. Dia kini berstatus solo setelah berpisah dengan bekas suami, Brad Pitt pada 2016.
Foto: Getty Images/Glamour
Baca: Enggan Bercinta Dengan Orang Biasa, Ini Alasan The Weeknd