FIFA World Cup 2026 milik Sepanyol!
Final FIFA World Cup 2026 mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya FIFA memperkenalkan halftime show ala Super Bowl di pentas final Piala Dunia.
Berlangsung di Stadium New York New Jersey pada 19 Julai 2026, persembahan berdurasi kira-kira 11 minit itu menghimpunkan bintang muzik dari pelbagai genre dan negara di bawah satu pentas.

Acara ini diterbitkan oleh Global Citizen dengan sentuhan kreatif Chris Martin, vokalis Coldplay, sebagai simbol gabungan bola sepak, muzik dan misi kemanusiaan menerusi FIFA Global Citizen Education Fund.
Jom throwback detik-detik paling ikonik sepanjang final FIFA World Cup 2026!

1. Madonna buka pentas dengan lagu ikonik Music
Ratu pop dunia, Madonna, diberikan penghormatan membuka halftime show menerusi lagu hitnya, Music. Persembahan penuh bertenaga itu menjadi lebih istimewa apabila legenda bola sepak Brazil, Ronaldo Nazário dan Ronaldinho, membuat kemunculan khas sebelum Madonna mengambil alih pentas.

2. BTS gegarkan stadium dengan Dynamite
Selepas pembukaan Madonna, kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS, mengambil alih pentas menerusi lagu global mereka, Dynamite. Persembahan yang dipenuhi koreografi bertenaga serta visual berwarna-warni berjaya menghidupkan suasana stadium.

3. Justin Bieber tampil berbeza dengan Everything Hallelujah
Berbeza daripada persembahan rancaknya sebelum ini, Justin Bieber memilih untuk menyampaikan lagu Everything Hallelujah dalam versi akustik khas yang diubah suai sempena final FIFA World Cup 2026. Penampilannya turut diperkenalkan menerusi kemunculan istimewa Jason Sudeikis sebagai watak Ted Lasso.

4. Shakira dan Burna Boy satukan dunia dengan lagu rasmi Dai Dai
Tidak lengkap Piala Dunia tanpa Shakira. Kali ini, beliau bergandingan bersama Burna Boy mempersembahkan lagu rasmi FIFA World Cup 2026, Dai Dai. Persembahan yang menggabungkan elemen Latin, Afrobeats dan muzik global itu menjadi antara kemuncak halftime show.

5. Coldplay tutup persembahan dengan lagu baharu
Sebagai pengarah kreatif persembahan, Chris Martin bersama Coldplay menutup halftime show dengan lagu baharu berjudul We Dance. Persembahan itu turut diiringi oleh PS22 Chorus serta semua artis yang membuat persembahan pada malam tersebut. Momen penuh emosi itu diakhiri dengan mesej perpaduan dan harapan untuk kanak-kanak di seluruh dunia menerusi FIFA Global Citizen Education Fund.

6. IShowSpeed curi perhatian di majlis penutup
Selain persembahan halftime, personaliti YouTube terkenal, IShowSpeed, turut menjadi antara wajah yang mencuri perhatian pada majlis penutup sebelum sepak mula final. Kehadirannya bukan sahaja meraikan dunia bola sepak, malah budaya digital dan pencipta kandungan yang mempunyai pengaruh besar dalam kalangan generasi muda. Beliau turut berkongsi pentas bersama beberapa selebriti antarabangsa lain termasuk Tom Cruise, Robbie Williams, Laura Pausini dan Nicole Scherzinger.
Baca: Senarai Pemain Bola Sepak Paling Banyak ‘Followed’ Di Dunia
