Thunder artis Korea ini bakal menjadi bintang pertama filem Korea-Indonesia tidak lama lagi.
Agensi Mystic Entertainment memberitahu pihak media, “Thunder bakal menjadi bintang utama lelaki di dalam filem Korea-Indonesia bertajuk ‘FOREVER’- Holidays in Bali (tajuk yang masih belum capai kata persetujuan). Tawaran tersebut sebenarnya datang dari Indonesia. Pabila melihat pada senario jalan ceritanya, kami merasakan yang ia bagus dan Thunder juga mengatakan yang dia mahu mengambil peluang ini. Penggambaran filem ini bakal mengambil tempat di Indonesia.”
Wakil kepada Thunder juga mengatakan yang mana mereka sedang mencari memperhalusi butiran kontrak dan filem tersebut bakal menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Korea.
Thunder juga menambah,”Ia adalah satu peluang keemasan, jadi saya mahu lakukan yang terbaik.”
Filem ini merupakan sebuah filem romantik berkisahkan impian dan cinta remaja. Aktres utama bakal dilakonkan oleh pelakon Indonesia iaitu Caitlin Halderman.