Wawancara GQ bersama Justin Bieber baru-baru ini mendedahkan pelbagai kisah peribadi yang menarik, daripada yang tersurat sehingga tersirat.
Salah satunya adalah mengenai tahun pertamanya sebagai suami kepada Hailey Bieber (atau Hailey Baldwin) yang dirasakannya terlalu sukar, ibarat telur di hujung tanduk.
“Terdapat banyak hal yang membawa saya kembali pada perkara-perkara pencetus trauma. Tiada kepercayaan yang mencukupi dalam rumah tangga kami.
“Ada banyak perkara yang anda tidak boleh berkongsi dengan pasangan kerana ia menakutkan. Anda tidak mahu menakutkan mereka dengan mengatakan, ‘Saya takut,’” katanya.