Pelantun lagu Peaches ini mendedahkan, menjadi popular pada usia yang sangat muda mendorong dirinya untuk mengambil dadah secara berlebihan yang memberi kesan kepada kesihatan mentalnya.
Dia juga mengakui tidak menghargai semua perhubungannya selama ini dan tidak menghormati wanita sebelum mendirikan rumah tangga dengan anak pelakon, penerbit dan pengarah, Stephen Baldwin.
Bieber dan Hailey mula berjanji temu secara eksklusif pada akhir tahun 2015 sebelum terputus hubungan secara dramatik tidak lama kemudian.
Mereka kembali menjalin hubungan sebagai pasangan pada 2018 dan berkahwin secara rahsia di bangunan mahkamah New York City beberapa bulan selepas itu.