Akui Bieber, dia berasa seakan terpaksa untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya merasakan ia sesuatu yang perlu saya lakukan ketika itu. Berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, dan segalanya yang berkaitan dengan rumah tangga.”
Walau berdepan dengan cabaran di awal perkahwinan, penyanyi ini mengakui segalanya menjadi stabil malah dia bersyukur kepada Tuhan dan Hailey di atas kesihatan dan kegembiraan yang diperolehinya kini.
“Kami hanya mahu mencipta momen ini sebagai pasangan suami isteri, sebagai sebuah keluarga. Mempunyai keluarga di sisi untuk berkongsi kenangan tersebut adalah sesuatu yang indah,” katanya.
Foto: Ryan McGinley/GQ